Baiklah, sekarang saya ingin berkongsi cara-cara membuat keuntungan dengan emas.
Saya pasti ini adalah topik yang sangat menarik.
Pelaburan emas akan memberikan pulangan yang lumayan jika anda memahami dan menguasai teknik-teknik yang saya akan kongsikan dibawah.
Namun anda perlu siapkan minda anda terlebih dahulu. Bila minda sudah bersedia.. semuanya mudah belaka :)
.
Siapkan minda anda terlebih dahulu.
First sekali, sebagai pelabur emas anda perlu memahami perkara-perkara dibawah:
1. Emas adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang. Ia memang akan
menguntungkan pelabur. Tempoh masa untuk pelaburan emas disarankan
sekurang-kurangnya 1 tahun ke atas. Kesabaran penting kerana ia melibatkan
proses menunggu harga emas naik dan turun.
2. Di dalam pelaburan emas, anda perlu menggunakan konsep mulakan sekarang.
Beli emas dulu kemudian tunggu (buy first then wait), bukannya tunggu masa
yang sesuai untuk bermula.
3. Sebagai komoditi, harga emas sentiasa ada turun naiknya tetapi di dalam
jangka masa panjang harganya akan meningkat naik.
4. Pelaburan emas tidak menjamin pendapatan tetap setiap bulan.
Jika anda mahu menjana pendapatan setiap bulan maka pelaburan emas
bukanlah jawapannya. Jawapannya ialah perniagaan emas.
Ya! Anda kena melabur sambil berniaga emas.
5. Pelaburan emas yang sebenar bukanlah dengan cara menyertai skim-skim
pelaburan emas. Anda akan temui beberapa syarikat yang menawarkan
pulangan lumayan jika anda melabur emas dengan syarikat mereka
(contohnya memberikan pulangan tetap 2%-3% sebulan).
Ini kerana risikonya adalah tinggi. Sudah banyak syarikat yang menawarkan
pelaburan emas telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia atau cabut lari.
6. Semakin banyak ilmu yang anda perolehi maka menjana pendapatan
dengan emas akan menjadi lebih mudah. Justeru anda perlu rajin membaca
laman-laman web yang berkenaan emas. Contohnya ialah:
i. Kitco (www.kitco.com)
ii. The Bullion Desk (www.thebulliondesk.com)
iii. Goldsilver.com (www.goldsilver.com)
iv. Mineweb (www.mineweb.com)
v. Casey Research (www.caseyresearch.com)
vii. Bullionvault Gold News (http://goldnews.bullionvault.com/)
viii. World Gold Council (http://www.gold.org/)
Baiklah, sekarang saya akan bercerita tentang pelan tindakan. Untuk pengetahuan anda pelaburan emas yang baik memerlukan strategi dan pelan tindakan yang baik.
0 ulasan to "iCara-cara buat untung dgn emas"
BTricks
BThemes
About This Blog
About Me

- Abdul Razak Ali
- Blog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas di Malaysia. Emas merupakan salah satu cabang pelaburan yang sangat menarik untuk diketahui. Dengan mempelajari rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang amat menguntungkan Dibawah payung Rajadolarfx. .HUBUNGI 0173172345 POK JAK
My Blogs

Catat Ulasan