Untung ker ?Jual Emas ni?

Pada hari ni mereka membeli emas sebanyak 20k dengan pecahan berikut :
i. 20 gram - RM 2698.00 x 5 keping = RM 13 490
ii. 50 gram - RM 6712.00 x 1 kpg = RM 6,712
Total investment = RM 20,202

Pada hujung tahun iaitu bulan 12, diandaikan kenaikan 37%, oleh itu nilai emas mereka telah menjadi :

i. 20g - RM 2698 X 37% = 998.26
- RM 2698 + RM998.26 = RM3,696.26
- RM 3,696.26 X 5 kpg = RM 18,481.30

ii. 50g - RM 6,712 X 37% = RM 2,483.44
- RM 6,712 + RM 2,483.44 = RM 9,195.44

Nilai emasnya telah menjadi :RM 18,481.30 + RM 9,195.44 = RM 27,676.74

Keuntungannya adalah RM 27,676.74 - RM 20,202 = RM 7,474.74

Kalau nak guna nilai keuntungan tersebut: jual la emasnya sebanyak 2 keping 20g :
RM 3,696.26 X 2 = RM 7,392.52
dgn itu, walapon emasnya berkurang dari segi berat, tetapi nilainya masih sama seperti modal asal.

Jika dalam ASB, mereka menabung tiap2 bulan, maka simpan emas pon sepatutnya mereka beli tiap2 bulan. Maka pada akhir tahun mereka jual sebahagian emas untuk menggunakan keuntungan yang diperolehi, tetapi nilai emas yg ada masih sama spt modal asal (ataupon bertambah disbbkan dok tambah emas tiap2 bulan) depend kpd perancangan dan matlamat masing2.

Harus diingat, anggaran 37% keuntungan adalah andaian berdasarkan purata kenaikan harga 5 tahun lepas. Tidak mengambilkira harga sebenar (harga buy) jika nak jual semula. but still keuntungan ada especially jika pandai timing bila nak jual semula.Kalau jadi agen, boleh carik buyer dan jual dengan harga jual(sell price) seperti perkiraan di atas.

Read more


HARGA emas melonjak ke paras tertinggi Usd1280.00

HARGA emas melonjak ke paras tertinggi baru dalam sejarah pada AS$1,235.50 satu aun di pasaran Hong Kong semalam apabila pelabur meningkatkan pembelian ke atas logam itu sebagai pilihan pelaburan yang selamat, susulan kebimbangan krisis hutang di Eropah. Pada pembukaan urus niaga semalam, harga emas berada pada AS$1,229 satu aun, meningkat daripada AS$1,226.56, iaitu paras tertinggi sebelum ini yang dicatatkan pada 3 Disember lalu, sebelum mengakhiri dagangan pada AS$1,2330 satu aun.

gold test 141x106 Harga emas cecah paras tertinggiPenganalisis berkata, logam berharga itu itu dijangka mengekalkan peranan sebagai pelaburan selamat ketika pasaran lain kekal tidak menentu. “Reaksi daripada bank pusat dan Tabung Matawang Antarabangsa (IMF) terhadap krisis di Eropah selatan hampir pasti menjadikan pasaran dunia terus tidak stabil,” kata penganalisis dari Capital Spreads, Simon Denham. Isnin lalu, pelabur menyambut baik pakej penyelamat yang diumumkan Kesatuan Eropah dan IMF bernilai 750 bilion euro (AS$1 trilion) bagi menyelesaikan krisis hutang dan bajet defisit di Eropah. Bagaimanapun keyakinan itu pudar kelmarin berikutan kembalinya kebimbangan mengenai keupayaan negara yang terbabit mengurangkan defisit masing-masing.

Pelabur terus mengambil langkah menjual mata wang euro untuk mengurangkan risiko. Berbanding dolar, mata wang itu mengakhiri dagangan pada paras AS$1.2624. Ketua IMF, Dominique Strauss-Kahn menyifatkan pakej penyelamat bernilai AS$1 trilion itu sebagai langkah penting. Penganalisis berkata, harga emas yang tinggi menunjukkan pedagang kekal skeptikal berhubung pelaksanaan pakej menyelamat itu. “Pelabur kini memindahkan dana masing-masing daripada aset yang berisiko kepada pasaran yang lebih selamat dan tindakan ini adalah positif bagi mata wang dolar dan emas,” kata penganalisis dari City Index, Joshua Raymond.

“Ramai yang mentafsirkan pakej menyelamat Kesatuan Eropah sebagai bukan jalan penyelesaian terbaik untuk tempoh jangka panjang bagi menyelesaikan krisis defisit di Eropah. “Dengan tinjauan jangka sederhana kekal tidak stabil, pelabur memilih untuk memindahkan tunai mereka ke dalam aset yang boleh bertahan,” katanya sambil menambah urus niaga logam bernilai itu, terutama digerakkan oleh pembelian bagi barang kemas dan belian untuk pelabur, mencatatkan paras tertinggi tahun lalu susulan kebimbangan mengenai inflasi dan langkah berterusan bank pusat mempelbagaikan aset selain daripada mata wang dolar.

Meningkatnya kebimbangan terhadap krisis di Greece itu telah menarik kemasukan pelaburan baru ke dalam emas. “Harga emas dijangkakan terus meningkatkan selagi pasaran kekal tidak begitu yakin dengan keupayaan pelan menyelamat itu,” kata penganalisis berkenaan. – AFP

Read more


Gold price 'could reach $1,600'

Gold price 'could reach $1,600'

The news feeds on this site are independently provided by Adfero Limited © and do not represent the views or opinions of the World Gold Council.

Tuesday, 14th September 2010 (356 views)
The price of gold could rise to up $1,600 by the end of 2012, it has been claimed.

An expert from the Italian bank UniCredit has stated his belief that gold could reach the new high as the precious metal continues to attract new investors.

Three key reasons are helping the precious metal in its move to attract new investors, trading network Benzinga reports. Growing demand from emerging markets, in particular China, is helping to encourage prices, while fears over money printing in the US and the sovereign debt crisis in the euro area are also offering support for the precious metal.

Jochen Hitzfeld from UniCredit, said: "The Chinese government has encouraged consumers to invest in gold, and with great success. Chinese demand will now increasingly be felt on the global markets," the Telegraph reports.

Other investment experts echo Mr Hitzfeld's position, suggesting that gold is likely to remain strong in the coming years, even though prices have risen every year for the past decade.

Read more


EMAS OH EMAS





Salam Semua....

Diharap semuanya sihat sejahtera disamping open house yg masih tak habis-habis lagi... Hari ni nak citer skit pasal Emas dan apa kepentingan Emas kepada kita...Hmmmm bunyi macam serious jer ni... hehehheh. Emas ni kalau nak di ikutkan adalah salah satu dari kurniaan Allah yang keluar dari perut bumi...sampai skrg ni masih tk ada lagi teknologi moden yang mampu mencipta emas seumpana emas yang di kurniyakan oleh Allah.. sebab tu Emas ni dikenali sebagai logam mulia...

Kalau nak ikutkan sejarah negara kita ni....penjajah pun datang ke Melaka pada asalanya untuk mengaut kekayaan hasil bumi disamping menyebarkan agama mereka... mereka berpegang kepada matlamat 3G bukan 3G yang digunakan skrg ni.... tapi Gold, Gospel dan Glory... Motif ini yg digunakan oleh "Bengali Putih" Alfonso D Álbuquerque'pada tahun 1511 dan semenjak dari itu ler...start berlakunya penjajahan di Tanah Melayu kita....

Tapi sebenyarnya hari ni bukan lah nk citer pasal sejarah..cuma nak menjelaskan betapa berharganya logam yang dinamakan EMAS. Sebut saja Emas semua org tau...dari budak kecik sampai org tua..semua tau emas tu bernilai...TETAPI.... soalnya bagaimana kita mengambil kesempatan keatas logam ini untuk meningkatkan nilai eset yang kita ada???


Kenapa Emas???

Salah satu kelebihan emas ni sebab dia kalis inflasi... mari kita flashback balik masa kecik-kecik dulu klu g skolah bapak bagi belanja 50sen jer...tu pun dah mewah dah..boleh beli nasi lemak 30sen, air sirap 10sen dan lebih tu dapat ler beli gula-gula 3 ketul..kita tengok pulak masa sekarang ni bebudak skolah bawah duit RM3 pun masih ckp tk cukup lagi.. itu tandanya duit yang kita ada nilainya semakin kecil..walaupun masih dikeluarkan oleh bank yang sama (BANK NEGARA MALAYSIA)....


Cuba kita tengok pula harga emas kalau dulunya harga Emas sekitar RM60+ segram tp skrg ni g tengok harga emas kat kedai emas ...emas 916 pun di dah RM133..so..APA MAKSIDNYA TU...!!!! Ini bermakna kalau simpan emas harga semakin menaik ..jika kita simpan duit cash...nilai duit tersebut semakin menyusut...

Ok klu kengkawan masih Blur lagi...meh kita tengok graf kat bawah ni perbandingan nilai emas dan nilai matawang utama dunia..

Disini kita dapat lihat dimana nilai matawang ciptaan manusia semakin lama semakin susut nilaiyan tetapi Emas ni mantain.... jer..

Kita tengok pulak perbandingan diantara nilai emas dan USD dalam tempoh 15 thn



Graf ni plak menunjukan perbezaan antara nilai dolar dan emas...klu kita tgk dlm tmpoh 15 thn nilai emas semakin menaik manakala nilai dolar semakin menurun....

sumber: www.gold.org

Dari 2 graf yang kita lihat diatas..kita bleh pikir sendiri yang mana lebih baik...sama ada smpan cash kat dalam bank, celah bantal, dalam almari, bawah tilam ataupun kita beli emas sebagai eset simpanan diwaktu kecemasa atau satu pelaburan yang bernilai utk masa depan...bak kat org tua-tua... Pendayung sudah di tangan, Perahu sudah di air..so Apa tindakan kita???

Sampai berjumpa lagi...take care semua....wasalam

Read more

Dikuasakan oleh Blogger.

BTricks

BThemes

About This Blog


About Me

Foto Saya
Abdul Razak Ali
Blog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas di Malaysia. Emas merupakan salah satu cabang pelaburan yang sangat menarik untuk diketahui. Dengan mempelajari rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang amat menguntungkan Dibawah payung Rajadolarfx. .HUBUNGI 0173172345 POK JAK
Lihat profil lengkap saya

My Blogs

Followers

Web hosting for webmasters